..

Sunday, March 15, 2009

Tahukah kita...???



Majlis fatwa-fatwa kebangsaan telah mengharamkan umat islam dari melawati tugu pahlawan kerana perbuatan ini telah bercanggah dengan ajaran islam. Hal ini di ambil kira dengan mengambil contoh bahawa agama selain islam menyembah berhala/patung. Oleh itu, jika kita melawati tugu (patung-patung) ini, waima pergi untuk memperingati pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada negara, bererti samalah kita mengikuti ajaran agama selain islam dan hukumnya adalah syirik. Bukankah bacaan tahlil lebih baik daripada perbuatan itu?

Ini dapat diperjelaskan lagi dengan fatwa berikut:
  • Keputusan Muzakarah jawatankuasa Fatwa Kali ke-19
  • Tarikh: 6-7 oct 1987
1). Amalan seperti tiupan "Last Post" , Bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20
saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan "Rouse" yang
dilakukan di hadapan Tugu pahlawan dalam upacara menyambut Hari Kenangan
Rakan Seperjuangan Oleh Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan islam
dan boleh membawa kepada syirik.


Oleh itu, sama2lah kita mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Sesungguhnya "bangsat Inggeris" telah banyak memperdayakan kita dengan amalan2 khurafat mereka yang jelas bertentangan dengan islam. Kita umat zaman moden kini, haruslah sedar akan dakyah2 sulit mereka ini dan memperbetulkannya setapak dami setapak.

"Jangan biarkan tradisi menghancurkan diri"

wallahualam...

UPNM vs ATMA

Adakah anda tahu bahawa kita boleh mula mendaftar sebagai tentera dengan terus memiliki pangkat melalui kelayakan kita???
Disini, Universiti Pertahanan Negara Malaysia(UPNM) yang dulunya dikenali sebagai ATMA telah berjaya melahirkan ramai pegawai-pegawai terlatih untuk diserapkan ke dalam setiap rejimen mahupun kor...

kedua-duanya tiada beza dari aspek visi dan misi, cuma dari segi pelaksanaan visi dan misi kini, ia ditambah baik dengan infrastruktur-infrastruktur yang moden, alatan dan senjata yang canggih serta pentadbiran yang semakin licin.

Ini dapat dilihat dari segi sokongan pihak kerajaan yang telah memperuntukkan kira-kira setengah billion dalam RMk-9 untuk membangunkan strategi pertahanan negara termasuklah melalui penambahbaikan ATMA menjadi UPNM.

Oleh itu, kita harus sedar dan memainkan peranan tersendiri untuk memperkuatkan benteng pertahanan negara kita kerana sesebuah negara yang maju, turut dinilai dari aspek kemajuan teknologi pertahanan dan juga kekebalan benteng kita dari dicerobohi anasir-anasir jahat yang cuba untuk menjatuhkan kita.

Saturday, March 14, 2009

Sejarah Mereka-Sejarah KITA

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Image
Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah
Image
Sultan Alang Iskandar Shah
Image
Datuk Abdullah bin Haji Damad
Image
Raja Sir Chulan

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.

Image
25 orang pengasas Kompeni Percubaan Tentera Darat
Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda Melayu tampil dari pelusuk tanahair telah tampil menawarkan khidmat mereka, tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah diarahkan untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933.

Skuad Pertama ini telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah, dan pihak pegawai-pegawai British, selaku jurulatih sangat berpuas hati dengan kebolehan, kecekapan serta semangat keperwiraan yang ditunjukkan. Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap. Seterusnya buat julung kali, pada 4 Nov 1936, seramai empat pemuda anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda. Mereka adalah No. 8 Ariffin bin Haji Sulaiman, No. 12 Ibrahim bin Sidek, No 13 Ismail bin Tahar dan No. 25 Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman.

Dengan tercetusnya peprangan di Eropah pada 3 Sep 1939, latihan anggota Askar Melayu telah dipertingkatkan dan kekuatannya diperbesarkan. Pada 1 Dis 1941, Batalion Kedua Askar Melayu telah ditubuhkan bagi menghadapi serangan Tentera Jepun yang sedang mara. Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis 1941. Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni tersebut berundur ke Kuala Krai dan seterusnya Singapura. Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang bersama Tentera British menentang kemaraan musuh. Askar Melayu telah berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir Panjang, Buona Vista, Labrador dan Alexander.

Image
Jepun menyerah diri kepada British pada tahun 1945
Satu peritiwa yang sukar dilupai dalam sejarah Tentera Darat ialah peristiwa indakan Tentera Jepun menawan Bukit Chandu yang dipertahankan oleh Platun No. 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang diketuai oleh Lt Adnan bin Saidi. Tentera musuh, setelah gagal dalam percubaan yang pertama, mengulangi serangan dengan kekuatan yang berlipat ganda. Di dalam pertempuran yang sengit ini, anggota Platun No. 7 telah berjuang dengan semangat yang gigih tanpa mengaku kalah. Lt Adnan sendiri mengandalikan senjata Lewis Machinegun dan mara mara untuk memberi semangat dan perangsang. Waklaupun mengalami kecederaan, namun beliau telah menunjukkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Akhirnya tentera musuh telah berjaya menawan Bukit Chandu dan Lt Adnan telah ditikam dengan benet dan mayat beliau digantung kepala ke bawah disebatang pokok.

Image
Lt Adnan bin Saidi
Satu lagi peristiwa yang menyayat hati berlaku pada 28 Februari 1942 apabila seramai 8 orang pegawai Askar Melayu, setelah menjadi tawanan perang dibunuh di Pasir Panjang disebabkan keengganan mereka menanggalkan pakaian seragam tentera mereka.

Selain dari anggota-anggota Askar Melayu, ramai lagi anak-anak Melayu menceburkan diri sebagai anggota dalam Federation Volunteer Forces menentang tentera musuh dan ramai yang turut terkorban. Di samping itu ramai anak-anak Melayu yang berkhidmat dengan Tentera British seperti Royal Army Service Corps (RASC), Royal Army Ordnance Corps (RACC), Royal Artillery (RA) dan lain-lain pasukan yang turut berjuang. Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Feb 1942 dan anggota Askar Melayu yang masih hidup telah menjadi tawanan perang. Apabila diperintahkan pulang ke kampong masing-masing ramai dari mereka meneruskan perjuangan menentang pemerintahan Jepun melalui pergerakan bawah tanah.

Di manakah anda...

JENERAL
LEFTENAN JENERAL
MEJAR JENERAL
BRIGEDIER JENERAL
KOLONEL
LEFTENAN KOLONEL
MEJAR
KAPTEN



LEFTENAN
LEFTENAN MUDA

Apakah yang kita tahu mengenai mereka?


sebenarnya pada pihak kami,timbul sedikit keraguan disebabkan ceteknya pengetahuan kami mengenai ATM ini..

Tetapi, setelah menyiapkan serba sedikit mengenai blog ini, barulah kami tahu dan sedar bahawa ATM-tentera darat(TD) terbahagi kepada beberapa rejimen dan kor..

Antaranya:
  • Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD)
  • Rejimen Askar Wataniah(wataniah)
  • Rejimen Renjer Diraja
  • Kor Armor Diraja
  • Rejimen Semboyan Diraja
  • Rejimen Askar Jurutera Diraja
  • Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja
  • Pasukan Udara Tentera Darat
  • dan pelbagai lagi...
anda juga tahu mengenai semua ini???
Kami solute kalau anda tahu mengenai kor/rejimen2 ini..
sedikit sebanyak blog ini membantu anda bukan?=)

ERA PENUBUHAN ATM

Dibawah Perjanjian Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah mendapat khidmat 'Malay States Guides' yang tidak dianggotai oleh seorang pun bangsa Melayu. Ketika itu orang Melayu hanya mengganggotai Pasukan Sukarela Melayu yang ditubuhkan pada 1902 yang kemudiannya dikenali sebagai 'Malay States Volunteer Regiment' (MSVR).

Gesaan oleh empat pembesar Melayu kepada pemerintah Inggeris telah mendorong kepada penubuhan Skuad Percubaan seramai 25 orang rekrut pada 1 Mac 1933 di Depot Port Dickson.

Penubuhan Askar Melayu diperbesarkan setelah kecemerlangan yang dipamerkan oleh Skuad Percubaan sehingga wujudnya Battalion Pertama dan Kedua di saat-saat tentera Jepun menyerang Tanah

Melayu.

Program yang sedemikian rupa ini diperagakan mengikut kronologi peristiwa dan sejarah menerusi persembahan kios, informasi, panel grafik dan audio visual.


Tentera darat hari ini...

NI

Sejarah Tentera Darat adalah sejarah ketenteraan kita sejak zaman berzaman, kerana merekalah yang terlibat dalam peperangan yang menentukan jatuh bangun satu satu kerajaan itu. Menilai kembali angkatan bersenjata kita, bermakna kita menyorot kembali sejarah ketenteraan bangsa.

Pembesaran Tentera Darat bermula dengan usaha dan azam kerajaan untuk membenteras revolusi bersenjata komunis. Disamping itu, ancaman dari luar juga telah mempengaruhi perkembangan Tentera Darat supaya mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Tentera Darat juga telah melalui pelbagai evolusi termasuk strategi peperangan, persenjataan, peralatan dan sebagainya sehingga wujudnya 17 Kor. Segala perkembangan ini akan dipersembahkan dengan pengisian berikut :-

  • Pengenalan TD Hari Ini

  • Peranan Kor dan Rejimen

  • Sudut pemerintah tertinggi ATM, PAT dan PTD

  • Kerjaya dalam Tentera Darat

  • Darjah Kepahlawanan AT

  • Wanita TD dan BAKAT Darat

  • Panji-Panji SPB Yang di-Pertuan Agong

Wednesday, March 11, 2009

TENTERA DARAT SEPINTAS LALU


Segmen Tentera Darat Sepintas Lalu merupakan segmen pengenalan kepada Tentera Darat. Ruang ini memaparkan sejarah perkembangan Tentera Darat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga kini termasuklah peranan Tentera Darat sebagai teras utama kedaulatan negara yang menjadi pemangkin keteguhan ekonomi negara.

Rakaman sejarah yang berharga sebagai manisfestasi bangsa ini akan dipersembahkan kepada semua pengunjung Muzium Tentera Darat melalui persembahan pandang dengar menggunakan teknologi "Pepper's Ghost".

Segmen ini juga memaparkan beberapa unit kios informasi yang memaparkan Tentera Darat sepintas lalu.