..

Thursday, April 2, 2009

REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA(RAMD)

Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia meliputi beberapa pasukan tempur dan pasukan bantuan tempur yang diberikan tugas mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.

Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 Rejimen dan Kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.
Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah rejimen tertua dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu DiRaja bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Rejimen Askar Melayu DiRaja kini mempunyai kekuatan 25 batalion.



Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. RAMD memngandungi 25 batalion yang mana dua batalian sebagai Batalian Para, dua batalian sebagai Battalion Mekanis, satu Batalian Istiadat dan selebihnya adalah Batalian Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia.

Cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard,Mekanis Infantri dan Elit Para akan menjadi teras kepada infantri. Satu batalion akan dikhususkan sebagai Batalion Istiadat. Batalian Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang ditubuhkan pada 1 Jan 1938 telah diubah dari peranan sebagai pasukan infantri biasa kepada batalian infantri istiadat mulai 1 Jan 1989. Di atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan serta pencapaian mutu yang tinggi, pasukan ini telah diberi kepercayaan dalam kawalan kehormatan utama setiap kali lawatan pembesar-pembesar luar negara. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri biasa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun peperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap sedia bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan Tentera Darat yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan pantas. Justeru, pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini.



Sebagai kor yang tertua di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kor Infantri mempunyai rentetan sejarahnya yang tersendiri. Pada tanggal 1 Mac 1933 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan, seramai 25 anak watan memulakan latihan rekrut dalam Kompeni Percubaan Askar Melayu yang mana menjadi pengasas terbentuknya Tentera Darat Malaysia sekarang. Di antara yang memainkan peranan utama dalam penubuhan rejimen ini adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah, Undang Luak Rembau Negeri Sembilan, Dato’ Abdullah bin Dahan, Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan. Dengan berbekalkan semangat keperwiraan, latihan yang intensif serta perancangan yang menyeluruh, skuad ini telah berkembang dengan pesat bagi memenuhi keperluan semasa negara.


Dalam mempertahankan maruah bangsa melayu dan membuktikan keperwiraan anak-anak watan, 2 buah batalion Rejimen Askar Melayu Diraja telah terlibat di dalam Perang Dunia II. Antara pertempuran yang menjadi ingatan dan kebanggaan Kor Infantri adalah “Pertempuran Muar”. Di dalam pertempuran ini, Lt Ibrahim Al-Dita selaku ketua platun telah membuktikan keberaniannya. Beliau telah dianugerahkan “Military Cross” iaitu pingat yang tertinggi Perang Dunia ke 2 bersama dua lagi rakannya iaitu Lt Ismail Babu dan Kpl Yaakob Bidin. Pertempuran Bukit Chandu pada 14 Feb 1942 yang begitu sengit merupakan satu titik tanda sejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian askar Melayu. Dalam pertempuran ini, Leftenan Adnan Bin Saidi telah sanggup bertahan sehingga ke titisan darah yang terahkir. Beliau telah berjaya membunuh ramai tentera musuh serta rela ditikam sehingga mati daripada menyerah kalah kepada tentera Jepun.

Ketika ini, 2 batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja dikhususkan sebagai pasukan payung terjun (Para) ditugaskan menjadi komponen di dalam 10 Briged Para, asas Pasukan Atur Cepat di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Dua lagi batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja ditukarkan menjadi batalion mekanis dan menbentuk komponen 4 Briged Mekanis di dalam Tentera Darat Malaysia.

Sunday, March 15, 2009

Tahukah kita...???



Majlis fatwa-fatwa kebangsaan telah mengharamkan umat islam dari melawati tugu pahlawan kerana perbuatan ini telah bercanggah dengan ajaran islam. Hal ini di ambil kira dengan mengambil contoh bahawa agama selain islam menyembah berhala/patung. Oleh itu, jika kita melawati tugu (patung-patung) ini, waima pergi untuk memperingati pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada negara, bererti samalah kita mengikuti ajaran agama selain islam dan hukumnya adalah syirik. Bukankah bacaan tahlil lebih baik daripada perbuatan itu?

Ini dapat diperjelaskan lagi dengan fatwa berikut:
  • Keputusan Muzakarah jawatankuasa Fatwa Kali ke-19
  • Tarikh: 6-7 oct 1987
1). Amalan seperti tiupan "Last Post" , Bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20
saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan "Rouse" yang
dilakukan di hadapan Tugu pahlawan dalam upacara menyambut Hari Kenangan
Rakan Seperjuangan Oleh Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan islam
dan boleh membawa kepada syirik.


Oleh itu, sama2lah kita mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Sesungguhnya "bangsat Inggeris" telah banyak memperdayakan kita dengan amalan2 khurafat mereka yang jelas bertentangan dengan islam. Kita umat zaman moden kini, haruslah sedar akan dakyah2 sulit mereka ini dan memperbetulkannya setapak dami setapak.

"Jangan biarkan tradisi menghancurkan diri"

wallahualam...

UPNM vs ATMA

Adakah anda tahu bahawa kita boleh mula mendaftar sebagai tentera dengan terus memiliki pangkat melalui kelayakan kita???
Disini, Universiti Pertahanan Negara Malaysia(UPNM) yang dulunya dikenali sebagai ATMA telah berjaya melahirkan ramai pegawai-pegawai terlatih untuk diserapkan ke dalam setiap rejimen mahupun kor...

kedua-duanya tiada beza dari aspek visi dan misi, cuma dari segi pelaksanaan visi dan misi kini, ia ditambah baik dengan infrastruktur-infrastruktur yang moden, alatan dan senjata yang canggih serta pentadbiran yang semakin licin.

Ini dapat dilihat dari segi sokongan pihak kerajaan yang telah memperuntukkan kira-kira setengah billion dalam RMk-9 untuk membangunkan strategi pertahanan negara termasuklah melalui penambahbaikan ATMA menjadi UPNM.

Oleh itu, kita harus sedar dan memainkan peranan tersendiri untuk memperkuatkan benteng pertahanan negara kita kerana sesebuah negara yang maju, turut dinilai dari aspek kemajuan teknologi pertahanan dan juga kekebalan benteng kita dari dicerobohi anasir-anasir jahat yang cuba untuk menjatuhkan kita.